Friday, January 20, 2017

Thought of the Day: Ujian.

12:18AM, Friday, 20012016.

Pegang erat-erat hadis ini, insha Allah, kita boleh jadikan sebagai motivasi tatkala diuji. Sama ada ujian kesusahan mahupun kesenangan, kerana sesungguhnya segala apa yang ada di dunia ini adalah ujian.

الدنيا سجن المؤمن، وجنة الكافر

Maksudnya:
"Dunia adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir."
(Hadis Riwayat Muslim)

Wallahu a'lam.

Dan juga surat cinta daripada Tuhan yang menciptakan kita semua, boleh dijadikan sumber kekuatan utama tatkala kita lemah ditimpa ujian bertalu-talu.

Firman Allah: (Al-Baqarah: 286)

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَٰفِرِينَ

Maksudnya:
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Semoga ini menjadi kekuatan untuk kita teruskan sisa baki hidup kita di atas muka bumi ini. Apa yang penting adalah niat, Hadis Pertama dalam Hadis 40 Imam Nawawi. Betulkan (tajdid) niat kita dalam melaksanakan urusan-urusan duniawi mahupun ukhrawi. Adakah untuk dipandang, dipuji, disanjung oleh manusia? Atau kita ikhlas semata-mata untuk medapatkan kasih sayang dan rahmat Allah? Setiap perkara yang kita lakukan disertakan niat kerana Allah (lillahita'ala), insha Allah, Dia hitung sebagai ibadah. Semoga kita jadikannya sebagai modal untuk kita terus mengumpul pahala dan masuk ke syurga Allah, dengan redha dan rahmat kasih sayang daripada Dia.

Wallahu a'lam. 니사

No comments:

Post a Comment