Wednesday, December 27, 2017

Thought of the Day: Baik.

Didatangkan Tuhan ke dalam hidup ini seseorang yang mengajar tentang baik. Secara luaran atau dengan pandangan mata kasar manusia yang terbatas ini, dia menjadi kegilaan ramai dia dikagumi ramai dia terlihat sangat baik. Kalam Tuhan terpaut di dada, bijak berkata kata, apa yang kurang? Pada mata manusia terlihat dia sempurna, tetapi sesaat kita lupa, dia juga manusia biasa yang tak lari daripada kekurangan kelemahan dan juga dosa. Menjadi satu buah fikiran untuk dijadikan sebagai refleksi diri. Bila disingkap semula diri ini, betapa Tuhan menjaga dan menutup setiap aib yang ada. Betapa Dia, Sang Pencipta, menjaga aib hamba-Nya ini sehingga ada manusia mengidolakan, mengagumi, bahkan mengatakan baik pada diri yang hina ini. Most of the time, we put too high expectation on someone yang kita gelar sebagai manusia biasa. Sehingga tertutup mata hati dan terlupa seketika yang dia seorang insan biasa, bukan nabi yang maksum. Hidup di dunia ini penuh dengan peluang yang diberi Tuhan hingga apabila tiba pengakhiran hidup kita nanti yang menentukan nasib kita kelak. Dia bukan maksum. Aku kamu dan kita semua, tidak maksum. Jangan pernah lupa, tinggi menggunung harapan yang kita letakkan kepada seseorang mahupun sesuatu yang tidak kekal abadi, pasti akan membuatkan kita luka dengan luka yang teramat dalam dan sukar diubati. Demi Tuhan, ia sungguh menyakitkan. Harapan hanya tinggal harapan. Terkubur sepi bersama tangisan sendu. Jangan berpaut kepada selain Dia. Letakkan harapan menggunung kepada yang mencipta diri. Stop being inferior, don't be superior. Kita semua sama, hamba. Bukan bermakna membenarkan kita untuk merendahkan manusia lain. Tidak sama sekali. Apa sahaja yang kita perbuat, jangan lampau batas. Mengagumi tidak sampai memuja, membenci tidak sampai mengeji. Lakukannya dengan berpada pada dan seadanya. Kekalkan zuhud dalam diri. Pandanglah setiap manusia dengan pandangan hikmah dan sangka baik. Mengagumi dan menbencilah kerana Allah. Semoga dia redha akan setiap perbuatan kita semua.

Wallahu a'lam. 니사

No comments:

Post a Comment