Monday, March 5, 2018

Doa of the Day: Doa Wehdah.

لا إله إلاّ الله
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون

لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Maha Esa dan kami berserah kepada-Nya

Tiada Tuhan yang disembah selain-Nya
Kami tidak menyerah selain kepada-Nya
Kami mengikhlaskan tunduk kepada-Nya
Walaupun orang musyrikin membenci

Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa, Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janji-Nya
Dia telah memenangkan hamba-Nya
Dia telah memuliakan tentera-Nya
Dan Dia telah mengalahkan musuh-Nya berseorangan

Bagi-Nya segala kerajaan, bagi-Nya segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
Sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati

Dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan kebajikan
Dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

ALLAH MAHA BESAR

Thought of the Day: Dimanakah Diriku Dahulu?

Pada saat dan ketika ini, tiba tiba diri ini berefleksi termangu sendiri. Teringat kembali apa yang berlaku sepanjang dua hingga ke tiga hari yang sudah. Hanya keluhan yang mampu keluar dari bibir. Tiada kata yang mampu terluah memikirkan segala tindak tanduk diri. Macam biasa, I kept on overthinking over something I should not. Tapi, itulah dia seorang yang bernama Nisa. Seorang Nisa yang tidak pandai berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain, terutamanya lelaki ajnabi. Di dalam memori dan pengalaman yang lalu, tiada yang dapat dijumpai untuk dijadikan rujukan. Walaupun sesama jantina perempuan, I'm still learning, but Alhamdulillah ada orang orang yang boleh dijadikan rujukan. Tetapi tidak apabila perlu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan lawan jantina. Persoalan yang berlegar legar tanpa henti: "Adakah aku terlampau teruja? Ada tersilap kata kata ke? Atau mungkin terlihat seperti mengada ada, tergedik gedik?" Jeritan keluar tanpa suara yang hanya tersekat di ruangan minda. Walaupun kalau nak dibandingkan diri yang dahulu, tak mampu keluar sepatah kata pun. Ada improvement, cuma rasanya seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin kerana ini bukan diriku yang sebenar? Kepenatan yang terlihat kerana menjadi diri orang lain. Ada kekesalan yang sentiasa tersisa setelah setiap kejadian. Mungkin juga kerana environment yang perlu ditempuh buat masa ini, alam belajar. Tapi, nanti bila dah bekerja? Menambahkan lagi kemaraan api yang sudah tersedia menyala. Mungkin perlukan masa lagi. Mungkin Tuhan sedang mempersiapkan diri ini untuk sesuatu yang lebih besar. Just be positive, Nisa. You are doing great and awesome, too. Stop dissing yourself and stop downgrading yourself, too. You are learning a lot. Insha Allah, Tuhan sentiasa ada bersamamu. May Allah ease everything.

Wallahu a'lam. 니사