Pada saat dan ketika ini, tiba tiba diri ini berefleksi termangu sendiri. Teringat kembali apa yang berlaku sepanjang dua hingga ke tiga hari yang sudah. Hanya keluhan yang mampu keluar dari bibir. Tiada kata yang mampu terluah memikirkan segala tindak tanduk diri. Macam biasa, I kept on overthinking over something I should not. Tapi, itulah dia seorang yang bernama Nisa. Seorang Nisa yang tidak pandai berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain, terutamanya lelaki ajnabi. Di dalam memori dan pengalaman yang lalu, tiada yang dapat dijumpai untuk dijadikan rujukan. Walaupun sesama jantina perempuan, I'm still learning, but Alhamdulillah ada orang orang yang boleh dijadikan rujukan. Tetapi tidak apabila perlu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan lawan jantina. Persoalan yang berlegar legar tanpa henti: "Adakah aku terlampau teruja? Ada tersilap kata kata ke? Atau mungkin terlihat seperti mengada ada, tergedik gedik?" Jeritan keluar tanpa suara yang hanya tersekat di ruangan minda. Walaupun kalau nak dibandingkan diri yang dahulu, tak mampu keluar sepatah kata pun. Ada improvement, cuma rasanya seperti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin kerana ini bukan diriku yang sebenar? Kepenatan yang terlihat kerana menjadi diri orang lain. Ada kekesalan yang sentiasa tersisa setelah setiap kejadian. Mungkin juga kerana environment yang perlu ditempuh buat masa ini, alam belajar. Tapi, nanti bila dah bekerja? Menambahkan lagi kemaraan api yang sudah tersedia menyala. Mungkin perlukan masa lagi. Mungkin Tuhan sedang mempersiapkan diri ini untuk sesuatu yang lebih besar. Just be positive, Nisa. You are doing great and awesome, too. Stop dissing yourself and stop downgrading yourself, too. You are learning a lot. Insha Allah, Tuhan sentiasa ada bersamamu. May Allah ease everything.
Wallahu a'lam. 니사
No comments:
Post a Comment