Saturday, February 3, 2018

Thought of the Day: 잘 했어.

Bagaimana mungkin diri ini sudah berada pada tahap sekarang? Sudah pasti semuanya atas izin Tuhan. He put me into something that I thought I could not bear.
But, at the end I finally able to see the light from the unbearable. Alhamdulillah. Dengan izin Dia, Nisa, you did a great job. Kehidupan tak berhenti di sini. Derita dan ujian juga takkan terhenti di sini. Definisi kebahagiaan yang dahulu, berbeza dengan sekarang. Betapa bahagia itu merupakan sebuah pilihan untuk kita. Dalam senang ada bahagia, dalam derita juga ada bahagia. Pandanglah dengan mata hati. Tiada yang hak atas diri kita selain Dia. Tanya pada diri, kita hidup untuk apa? Campakkan jauh segala aura negatif yang ada pada diri dan sekeliling. Nak menjadi baik tak mudah, nak jadi jahat juga tak mudah. Either way yang kita pilih, kedua duannya memerlukan usaha serta jihad dan pengorbanan. Berpandukan apa yang telah diberikan Tuhan. Pimpinlah hidup kita semata mata untuk redha Allah. Jangan terlalu berpaut pada dunia. Kerana di akhirat kelak, jika kita menyalahgunakan dunia, ia akan memakan diri kita sendiri. Kata kata syukur sudah tidak mampu untukku luahkan pada Dia, Sang Pencipta. Banyaknya nikmat yang Dia beri. Bagaimana nak menjadi hamba yang sentiasa bersyukur? Kasihnya Dia pada hamba yang hina ini, sehingga diri ini masih mampu untuk mengenal erti baik. Terima kasih, Allah.

Wallahu a'lam. 니사

No comments:

Post a Comment